KARNIVAL  KARANGKRAF  2014 MEMBARAKAN  JIWA  & MINDA

 

Download PDF

 

Shah Alam, 7 Februari - Karnival Karangkraf 2014 kembali lagi tahun ini selama tiga hari, bermula dari 7hb sehingga 9hb Februari, 2014 bertemakan Safari. Karnival yang memasuki edisi keenam penganjuran ini bakal menyajikan pengunjung dengan diskaun hebat produk terbitan Karangkraf seperti novel, buku dan majalah. Penganjuran karnival kali ini juga lebih besar dan hebat berbanding tahun sebelumnya.

 

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, pada 7hb Februari, 2014.

 

Bertempat di perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, pelbagai acara menarik juga telah diatur bagi menghangatkan lagi karnival.

 

Inilah masanya untuk pembaca dan pengunjung mendapatkan pelbagai bahan bacaan pada harga runtuh dengan diskaun mencecah sehingga 80 peratus.
Selain itu akan turut disertai oleh pelbagai sektor awam dan swasta.

 

Sebanyak 13 gerai dari Grup Majalah dengan pelbagai aktiviti, 3 gerai Sinar Harian, 2 gerai Rumah Ngaji, 2 gerai Ilham, 1 gerai Karangkraf Mall dan tidak ketinggalan gerai dari Grup Buku.

 

Di setiap gerai Grup Majalah akan disediakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti Pelancaran Majalah Pengantin, Gaya Tudung Dara.com, E-baca & Kid on 2, Fokus SPM & Oh My English, Demo masakan bersama Chef Suwarsi M Arukin, MASKULIN Bersama Finalis Pencarian Lelaki, Forum Bicara Cinta Anak Muda Majalah i, Catwalk Si Manja Pa & Ma, Sesi Demonstrasi Pengendalian kenderaan 4 x 4 LIBUR, UMPAN & MASKULIN dan banyak lagi.

 

Antara aktiviti dari Grup Buku ialah sesi beramah mesra dengan novelis dan penulis, seperti Ramlee Awang Murshid, Laila Kamilia, Nina Rose, Cahaya Izzati, Maria Kajiwa, Afifi Ahmad dan ramai lagi.

 

Untuk Karnival tahun 2014,  penaja utama Karnival kali ini ialah IRDA (Iskandar Regional Development Authority) dan penaja kedua Circle K.

 

Selain itu gerai-gerai yang pasti mendapat perhatian ialah Coolblog sebagai penaja pelancaran E-Baca dan Klik, 1 gerai Hydax Oil dan 1 gerai Jpam.

 

Tidak ketinggalan turut menyediakan Khemah Khidmat Masyarakat di bawah  Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan Media Karangkraf. Ia menyediakan aktiviti dan perkhidmatan kepada para pengunjung yang datang.

 

1. Kaunter bergerak JPJ (Jabatan Pengangkuta Jalan), Pembaharuan Lesen Memandu, Pembaharuan cukai jalan, Bayaran saman JPJ, Semakan Senarai hitam JPJ, Pendaftaran Ahli Skuad Muda JPJ dan Pameran dan khidmat nasihat.

2. Jumble Sale : jualan  barangan terpakai daripada individu, badan kerajaan, korporat, artis dan orang ramai turut dibawakan oleh Yayasan Nur Karangkraf-Malaysia.  Hasil Kutipan jualan akan disalurkan kepada Tabung Yayasan Nur Karangkraf dan akan diagihkan kepada golongan susah, ibu tunggal dan anak-anak yatim.

3. Safari Face Painting, untuk kanak-kanak dan mereka yang ingin kelainan bertemakan Safari.

4. Tabung Haji, bagi mereka yang ingin menabung untuk mengerjakan rukun Islam ke lima.

5. Kayuhan Safari, berbasikal sambil beramal.

 

Karnival yang bermula dari jam 9.00pagi hingga 7.00 malam pada Jumaat dan Ahad dan dari Jam 9.00 pagi – 10 malam pada Sabtu ini mensasarkan seramai 350 ribu ke 500 ribu pengunjung di sekitar kawasan Lembah Klang dan juga seluruh Malaysia.

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

 

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

 

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel : ammelia@karangkraf.com

 

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini.  

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato' (Dr.) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com