JUALAN GUDANG KARANGKRAF 2014

 

Download PDF

 

Shah Alam, 31 Oktober 2014 - Jualan Gudang Karangkraf 2014 kembali lagi tahun ini selama 3 hari, bermula dari 31hb Oktober sehingga 2hb November, 2014 bertempat di Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Jualan Gudang Karangkraf ini bakal menyajikan pengunjung dengan diskaun hebat produk terbitan Karangkraf seperti novel, buku dan majalah sehingga 80 peratus.

 

Penganjuran Jualan Gudang Karangkraf kali ini juga lebih besar dan hebat berbanding tahun sebelumnya. Dianggarkan seramai 200,000 pengunjung Lembah Klang dan sekitarnya bakal mengunjungi Jualan Gudang Karangkraf 2014 selama 3 hari.

 

Pastinya ia satu berita baik buat pencinta-pencinta buku, novel dan majalah terbitan Kumpulan Media Karangkraf yang sememangnya menantikan Jualan Gudang Karangkraf yang menawarkan potongan harga sehingga 80 peratus.

 

Selain menikmati lebih diskaun, pengunjung juga disediakan dengan kemudahan parkir dan tapak jualan yang luas dan selesa. Juruwang bertugas juga ramai, jadi pengunjung tidak perlu berbaris lama semasa membuat bayaran.

 

Turut menarik pada jualan kali ini ialah penampilan produk Al-Quran terbaharu seperti Al-Quran Mushaf Yusuf. Direka khas untuk lelaki mukmin yang dijamin paling murah di pasaran dengan kualiti dan reka bentuk menarik.

 

Kali ini, Karangkraf menawarkan pakej-pakej buku dan novel yang lebih meriah. Pengunjung dapat berpeluang untuk melengkapkan koleksi majalah kegemaran anda dengan harga yang sangat-sangat berbaloi.

 

Pengunjung akan turut berpeluang beramah mesra bersama para penulis dan novelis sepanjang karnival jualan itu, bermula dari Jumaat hingga Ahad. 

 

Jualan Gudang Karangkraf akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 7 petang, bertempat di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

 

Ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai pakej-pakej buku dan novel yang ditawarkan serta senarai novelis yang akan turut padang?

 

Sila ke fanpage Kumpulan Media Karangkraf dan ikuti kami di laman media sosial :

 

www.karangkraf.com                 

                                                                         

FB : Kumpulan Media Karangkraf       

                                                                                

Twitter : @Karangkraf

 

Instagram : Karangkraf

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 7388 ext 7516
Fax : 03 5101 7588
Emel: ammelia@karangkraf.com

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini. 

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato' (Dr.) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com