HIJABI FLEA MARKET SEMPENA JUALAN PRA- RAMADHAN

 

Download PDF

 

Shah Alam, 30 Mei 2014 -

Pada 30 Mei sehingga 1 Jun, 2014 ini, selama 3 hari bertempat di perkarangan Kumpulan Media Karangkraf, akan dilangsungkan Hijabi Flea Market sempena Jualan Pra – Ramadhan.

 

Hijabi Flea Market ini akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang merupakan gabungan 3 buah majalah penerbitan Karangkraf iaitu Majalah Nur, Majalah DaradotCom dan Majalah Hijabista. Ketiga-tiga majalah ini bergabung selama 3 hari dengan aktiviti-aktiviti jualan yang menarik dengan diskaun sehingga 70 %.

 

Antaranya Car Boot Sales, Sesi Pencarian Hijabi, Demo Hijab dan sesi bersama Blogger.

 

Terdapat 146 vendor jualan sepanjang 3 hari ini, antaranya busana muslimah, hijab, aksesori, biskut raya, kek cawan dan juga pre-loved items. Para penunjung juga akan mendapat koupon yang boleh ditukarkan dengan hadiah-hadiah menarik dari Majalah Nur, Majalah DaradotCom dan Majalah Hijabista.

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

 

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

 

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

 

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini.  

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato’ (Dr) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com