KARNIVAL KARANGKRAF 2015

 

Download PDF

 

Shah Alam, 30 Janurai 2015 - Karnival Karangkraf bakal kembali lagi tahun ini selama tiga hari, bermula daripada 30hb Januari sehingga 1hb Februari, 2015. Karnival yang memasuki edisi ketujuh penganjurannya ini bakal menyajikan pengunjung dengan diskaun hebat produk terbitan Karangkraf seperti majalah, novel, buku, Al-Quran dan akhbar Sinar Harian. Konsep pada kali ini dengan tagline “kami ada semuanya” pastinya akan memberikan sesuatu kepada para pengunjung yang rata-ratanya merupakan peminat setia produk-produk Karangkraf.



Pada 31hb Januari, 2015, majlis perasmian Karnival Karangkraf dan “Save Your Dara” akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Siti Norlasiah Binti Ismail D.P.S.K, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara mewakili YB. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bertempat di perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, pelbagai acara menarik telah diatur bagi menghangatkan lagi karnival ini. Inilah masanya untuk pembaca dan pengunjung mendapatkan pelbagai bahan bacaan pada harga runtuh dengan diskaun mencecah sehingga 80 peratus.



Aktiviti istmewa  yang disediakan antaranya adalah Masakthon (Para penulis buku masakan Alaf 21 bakal bergilir-gilir menyediakan masakan dengan resepi istimewa mereka.), Bengkel Penulisan Thriller, Demo Tudung, sesi beramah mesra dengan novelis dan penulis, seperti Ramlee Awang Murshid, Damya Hanna, Zaifuzaman Ahmad, Batiah Hadi, Julia Basri, Ayu Emelda, Azilah Wahab dan ramai lagi.



Antara aktiviti menarik pada Sabtu 31/1/2015 yang harus anda ketahui;


•    Pelancaran Kempen Save Your Dara #SaveYourDaraCampaign
•    Ceramah Perdana dan Pelancaran buku Ustaz Kazim Elias,
•    Forum Bicara Cinta Anak Muda, yang dibawakan oleh Majalah I akan menampilkan PU Azman, PU Yusof , Heliza Helmi dan Amin Idris selaku moderator. Selain forum, pengunjung bakal disajikan dengan persembahan pemenang Anugerah Nasyid IKIM 2014, Daqmie.



Manakala antara aktiviti menarik pada Ahad 1/2/2015


•    Temui 20 Finalis Dewi Remaja
•    The Largest Frozen Kids Gathering yang dianjurkan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas berpakaian seperti Elsa dan Anna.
•    Mini Konsert 30 Tahun Media Hiburan, ramai artis popular yang akan membuat persembahan, antaranya, MOJO, Ajai, Amelina, Awie Rafael dan banyak lagi.



Kita juga bawakan bersama maskot-maskot kartun kegemaran ramai seperti Doraemon, Upin & Ipin, Boboiboy, Chichi Chacha, Supersquad dan cosplay untuk menghiburkan para pengunjung.



Selain itu antara tarikan Karnival Karangkraf kali ini adalah Famous Food Truck yang semakin dikenali ramai dan tidak ketinggalan menu popular The Pisang Cheese. Terdapat juga lebih 14 gerai makanan dan minuman yang kita bawakan kepada pengunjung dengan pelbagai menu menarik dan lazat.



Antara Kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung;


•    2000 parkir percuma.
•    Gerai jualan makanan dan minuman
•    Kemudahan Surau dan Solat Jumaat.
•    Khidmat Bas Rapid ulang-alik disediakan secara percuma.
(Laluan Bas :
Masjid Negeri Shah Alam--- Petronas Dataran Automobil Seksyen 15---Karangkraf  ---SACC)



Karnival yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam pada Jumaat dan Ahad dan dari Jam 9.00 pagi – 11 malam pada Sabtu ini mensasarkan seramai 300 ribu pengunjung di sekitar kawasan Lembah Klang dan juga seluruh Malaysia.

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

Eksekutif Komunikasi Korporat:
Kesume Apache
Emel: kesumawati@karangkraf.com

 

Eksekutif Media Planning:
Nurul Nabillah Huda Azman
Emel: nurul.nabillahhuda@karangkraf.com

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini. 

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato' (Dr.) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com