KERJASAMA KUIS – KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF TINGKATKAN SINERGI BAHARU DALAM PENDIDIKAN

 

DOWNLOAD PDF

 

BANGI, 3 Feb. - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ditawarkan untuk bekerjasama dengan Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. Menerusi pembiayaan biasiswa RM 500 ribu kepada pelajar baharu yang ingin meneruskan pengajian di KUIS. Memorandum perjanjian (MoA) yang ditandatangi oleh Rektor KUIS YBhg Prof. Madya Dato’ Dr Ab. Halim Tamuri dan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Dato’ Hussamuddin Hj Yaacob sambil disaksikan oleh Pengerusi MAIS YAD Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

 

Kerjasama ini membuka peluang kepada bakal pelajar yang berlatar belakang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian diperingkat tertinggi tanpa berhutang daripada mana-mana pihak. Biasiswa ini termasuk kos pengajian sepanjang berada di KUIS dan kos penginapan pelajar. Para pelajar di bawah biasiswa ini juga akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan khidmat ummah bagi membina keyakinan diri dan menjadikan pelajar bersikap lebih mesra kepada masyarakat sekaligus menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

 

KUIS dalam merangka untuk menjadikan KUIS sebagai universiti wakaf yang menggalakkan masyarakat supaya beramal sambil melabur di saham akhirat melalui pendidikan. Wakaf boleh dilakukan dalam bentuk persendirian ataupun melalui syarikat & agensi.

 

Dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar yang bakal mendaftar di KUIS, media adalah saluran yang terbaik untuk setiap lapisan masyarakat yang terdedah kepada media arus semasa. Sebagai langkah permulaan bagi tahun 2014, Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. telah memberi ruangan pengiklanan yang mana telah disebut di dalam perjanjian yang telah ditandatangi iaitu penajaan pengiklanan oleh Karangkraf melalui medium cetakan keluaran syarikat tersebut.

 

KUIS kini giat memperkenalkan program Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah serta menawarkan program-program baharu yang bersesuaikan dengan keperluan semasa di sektor awam dan swasta serta pembangunan ekonomi dan negara.

 

Melihat institusi ini sebagai sebuah legasi Sultan Selangor, KUIS sekarang ini dalam usaha memacu  ke arah kecemerlangan dengan menjadikan asas penubuhan KUIS sebagai sandaran utama untuk memastikan kesinambungan pendidikan Islam di negeri Selangor dengan memberi penekanan kepada aspek pembangunan insan dan meletakkan Islam sebagai cara hidup dan Masjid sebagai nadi kehidupan pelajar.

 

KUIS adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan  agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu.

 

KUIS berharap agar lebih ramai pihak-pihak seperti agensi swasta, kerajaan mahupun persendirian untuk tampil membuat jaringan kerjasama pada masa akan datang. Dengan jaringan tersebut dapat membantu institusi pengajian tinggi islam bercambah dengan lebih maju standing dengan IPT-IPT yang telah dikenali. Jihad terhadap pendidikan Islam amat bermakna di dunia dan di akhirat.

 

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS di talian 03-89117072 atau layari laman sesawang di www.kuis.edu.my atau laman social www.facebook.com/FBKUIS

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

 

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

 

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

 

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

 

Mengenai biasiswa Kumpulan Media Karangkraf

 

Biasiswa Karangkraf adalah sebuah dana yang diwujudkan oleh KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF untuk pelajar lepasan SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian.

 

Pada tahun 2008, Karangkraf telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan SEGI UNIVERSITI dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM10juta (tahun 2008 sehingga 2018).

 

Selepas itu, Karangkraf menjalinkan hubungan dengan UNIRAZAK pada tahun 2009. Ketika itu, UNIRAZAK mempunyai 2 kampus iaitu kampus Razak dan kampus Pintar (Petaling Jaya).

 

Kemudian, pengurusan kedua-dua kampus ini berpecah dan wujudnya UNITAR International University. Jumlah pembiayaan untuk UNIRAZAK adalah sebanyak RM5juta (tahun 2009-2014)

 

Selepas itu, Karangkraf sepakat untuk menjalinkan hubungan dengan UNISEL. Pada tahun 2010, Karangkraf mengadakan Majlis Tandatangan Perjanjian dengan UNISEL sebanyak RM5juta  (tahun 2010-2015)

 

Pada tahun 2012, Karangkraf menjalinkan hubungan dengan UNITAR dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM5juta (tahun 2012-2017). Selepas itu, Karangkraf melebarkan sayap biasiswa untuk UNITEN.

 

Pada tahun 2013, UNITEN dan Karangkraf bersetuju untuk mewujudkan hubungan kerjasama dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM2.5juta (tahun 2013-2018). Uniten merupakan sebuah universiti dibawah Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pada tahun 2014, karangkraf menjalinkan hubungan kerjasama dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 03 Februari 2014 merupakan tarikh keramat untuk majlis ini akan berlangsung.

 

URL : http://www.karangkraf.com/dana

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini.  

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato’ (Dr) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com