TRAINING OF TRAINERS: CARA MUDAH MENGAJAR AL-QURAN

 

Download PDF

 

Shah Alam, 28 September 2014 -  Bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan diadakan program Training of Trainers : Teknik Al-Badar yang telah dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) di bawah projek Rumah Ngaji. Program yang diadakan pada 28 September 2014 itu adalah bertujuan untuk mencari lebih ramai guru mengaji Al-Quran yang mampu mengajar dengan cara yang bersistematik dan berstruktur.

 

Bagi projek Rumah Ngaji ini, Yayasan WUI mensasarkan sejumlah 3000 Rumah Ngaji yang bakal di buka di seluruh Malaysia. Hasrat ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada masyarakat yang tidak berkemampuan untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran secara percuma. Bukan itu sahaja, projek ini juga mensasarkan tujuh puluh peratus masyarakat Malaysia tahu membaca al-Quran.

 

Program dengan kerjasama Akademi Al-Badar dan Yayasan EMKAY ini pertama kali diadakan  dalam usaha mencari lebih ramai guru ngaji ini telah dihadiri oleh 70 orang peserta yang terdiri daripada golongan asnaf, muallaf, pegawai penjara, guru sekolah dan pelajar universiti. Peserta yang mengikuti kursus ini ditanggung oleh pihak Yayasan EMKAY dan WUI.

 

Selepas pembukaan Rumah Ngaji pertama di penjara Kluang baru-baru ini, Yayasan WUI bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia untuk terus membuka Rumah Ngaji di seluruh penjara di Malaysia. Pendidikan al-Quran perlu diterapkan di dalam diri setiap penghuni tirai besi bagi memberi suntikan Al Quran untuk membantu membina kekuatan di dalam diri mereka.

 

Oleh yang demikian, penyertaan pegawai penjara ke program Training of Trainer ini adalah salah satu langkah awal untuk memberi latihan kepada pegawai penjara terlibat dalam menggunakan teknik pengajaran kaedah Al-Badar. Kaedah ini secara puratanya mengambil masa 24 jam untuk seseorang boleh membaca al-Quran. Kaedah ini akan diaplikasikan penggunaannya ke seluruh Rumah Ngaji yang akan di buka nanti.

 

Bagi golongan asnaf yang hadir, peluang ini memberi inisiatif baru kepada mereka untuk membuka Rumah Ngaji di kawasan perumahan mereka. Mereka melihat program seperti ini wajar di beri perhatian kerana masyarakat kini sangat ketandusan program-program sebegini. Cara pembelajaran dan pengajaran yang mudah untuk difahami dan diikuti ini sesuai untuk semua peringkat umur.

 

Program Training of Trainers ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk mencari lebih ramai guru bagi mengajar al-Quran di sekitar kawasan yang memerlukan. Yayasan WUI memberi peluang kepada golongan asnaf, muallaf, orang asli, ibu tunggal dan sesiapa yang berkeinginan untuk mengajar al-Quran untuk turut serta dalam program ini. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi 012-3229365 (Cik Sofia) atau 019-3887242 (En. Azam).

 

 

TESTIMONI PESERTA TRAINING OF TRAINER ANGKATAN PERTAMA YANG DI ADAKAN PADA 6 SEPTEMBER 2014

 

Menurut salah seorang pegawai penjara yang hadir Muhammad Firdaus bin Hj Ahmad, kaedah yang diperkenalkan pada kursus ini adalah salah satu kaedah yang sangat memudahkan bagi pencinta al-Quran untuk lebih mendekati al-Quran yang menjadi mukjizat terbesar Rasulullah SAW. Kaedah ini mampu memberi peluang kepada mereka yang ingin mempelajari al-Quran dengan cara yang mudah.

 

Bagi satu-satunya peserta berbangsa Cina, Muhammad Hafeez Ow Yong Kun Hung, beliau menyifatkan kaedah ini sesuai bagi mereka yang belum mengenali huruf-huruf hijaiyah terutama sekali bagi saudara-saudara baru yang memeluk agama Islam. Kaedah Al-Badar merupakan kaedah yang mudah dan cepat. Ini sesuai dengan budaya masyarakat kita yang selalu ingin cepat dan kesuntukan masa bagi mereka yang bekerjaya.

 

Bagi Nurun Najat Binti Md. Jamaluddin, kaedah Al-Badar ini sangat sesuai dipraktikkan untuk diajar kepada mereka yang baru, mereka yang belum mengenal al-Quran dan juga sangat sesuai kepada mereka yang baru memeluk Islam. Kaedah Al-Badar mempunyai cara yang berbeza dengan kaedah-kaedah yang lain dan ringkas, sesuai untuk dipelajari.

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

Mengenai Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI)

 

Objektif  WUI

Fizikal   (Sedekah Jariah)                           

Meninggalkan 1000 syarikat yang menjadikan Al Quran dan As Sunnah panduan di dalam syarikat dan mewakafkan sebahagian daripada pendapatan untuk aktiviti dakwah bagi manafaat ummah.

 

Intelektual (Ilmu Bermanafaat)

Rumah Ngaji mempunyai program pendidikan bagi membentuk kerangka fikir berdasarkan Al Quran dan As Sunnah bagi melatih para profesional seperti Doktor, Jurutera, Ahli Perniagaan dan masyarakat umum tentang aplikasi Al Quran dan As Sunnah di dalam pekerjaan dan kehidupan mereka.

 

Emosional (Anak Soleh)

Melahirkan para pemimpin dan CEO organisasi dan keluarga yang membina legasi yang soleh.

 

Program WUI

Dalam tempoh setahun penubuhan ini, WUI telah memulakan program percuma seperti Rumah Ngaji (Kelas Al Quran), Rumah Ngaji Bahasa Arab, Dataran Ilmu Mingguan dan RICH (Rahsia Insan Cemerlang Hidup).

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini. 

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato' (Dr.) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com