PESTA BUKU SELANGOR 2014 MEMBACA MENYINGKAP KEAJAIBAN

 

Download PDF

 

Shah Alam, 14 Ogos 2014 - Pesta Buku Selangor 2014 kembali lagi tahun ini selama 11 hari, bermula dari 29hb Ogos sehingga 8hb September, 2014 bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Pesta Buku Selangor yang memasuki edisi kesembilan penganjuran ini bakal menyajikan pengunjung dengan diskaun hebat produk terbitan Karangkraf seperti novel, buku dan majalah. Penganjuran Pesta Buku kali ini juga lebih besar dan hebat berbanding tahun sebelumnya.

 

Kejayaan Penganjuran Pesta Buku Negeri Selangor telah memberi impak positif kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor untuk meneruskan program ini bersama Kerajaan Negeri Selangor dengan sokongan dan kerjasama rakan-rakan agensi yang lain. Malah Pesta Buku Selangor pada tahun lalu (2013) telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dengan menerima kunjungan seramai 312,290 pengunjung selama 11 hari. Sejumlah 80 pempamer yang terdiri dari penerbit dan pembekal buku telah menyertai Pesta Buku pada tahun lalu, dengan jumlah 151 gerai.

 

Perkhidmatan 'shuttle' percuma turut disediakan bagi memudahkan pengunjung hadir ke tapak Pesta Buku Selangor 2014 di Pusat Konvensyen Shah Alam, SACC. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan van MBSA dan bus SUK dari Seksyen 19, Shah Alam, berdekatan Stesyen Komuter dan Seksyen 2, di perhentian teksi berhampiran medan makan. Tiada sebarang caj atau bayaran yang dikenakan.

 

Kakitangan di 'Booth' Sekretariat yang mesra dan ceria, sentiasa bersedia untuk membantu anda nanti. Perkhidmatan di 'Booth' Sekretariat yang bertindak sebagai kaunter informasi Pesta Buku Selangor 2014 ini akan dibuka sepanjang masa, sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Selangor 2014.

 

Pengunjung juga berpeluang untuk menjadi ahli perpustakaan, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dengan hanya mengisi dan hantar borang pendaftaran keahlian sepanjang Pesta Buku. Pendaftaran keahlian adalah percuma.

 

Bentuk pameran akan terus berbentuk retail. Pengunjung datang membeli buku pilihan mereka. Seperti pesta-pesta buku lain, Pustakawan boleh membuat pesanan. Jualan hakcipta juga boleh dibuat secara tidak langsung dan ini sememangnya amat digalakkan. Jualan hakcipta amat diperlukan untuk menyokong perkembangan dan kemajuan pembangunan buku-buku tempatan dan mempamerkan buku-buku hasil pemenang anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa atau jualan terbaik (best seller).

 

Pelbagai aktiviti sampingan yang akan melibatkan semua kategori iaitu dewasa, remaja dan kanak-kanak akan diadakan dipentas aktiviti. Antara aktiviti menarik ialah aktiviti bersama penerbit buku/majalah Kumpulan Media Karangkraf, dialog dan sesi bersama penulis buku terkenal, pelancaran buku baharu, baca cerpen, kuiz, forum dan sebagainya.

 

Untuk Pesta Buku Selangor kali ini, Kumpulan Media Karangkraf akan mengambil sebanyak 15 booth yang mana kesemua booth ini akan terletak di ruang legar luar dewan banquet SACC. Nombor booth bermula dari SP04 – SP08.

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini. 

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato' (Dr.) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com