ALAF 21 MENERBITKAN BUKU ‘MASA DEPAN MASA KITA’ OLEH NURUL IZZAH ANWAR

 

Download PDF

 

Shah Alam, 28 Mac - Buku ‘Masa Depan Masa Kita’ ini diterbitkan oleh Alaf 21, salah satu anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf dan buku ini telah ditulis sendiri oleh Nurul Izzah Anwar.

 

Buku yang dicetuskan dari Nurul Izzah ini merupakan buku yang berkisarkan budaya politik hari ini dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Manakala pembangkang boleh dianggap sebagai musuh kepada kerajaan. Namun begitu, menurut Nurul Izzah peranan pembangkang amat diperlukan kerana hanya pembangkang yang kuat sahaja yang mampu memberi implikasi positif kepada rakyat mahupun kerajaan. 

 

Beliau berpendapat pilihanraya Umum ke-13 yang lalu membuktikan betapa kerajaan dan pembangkang cuba memberikan manifesto yang terbaik kepada rakyat. Pemberian air percuma, penurunan harga kereta, penghapusan hutang pembelajaran, pemberian bantuan rakyat dan sebagainya, malah mungkin hak-hak dan kebajikan yang sebelum ini terlepas pandang akan terpandang. Menurut beliau di sinilah pentingnya peranan pembangkang yang dapat menjaga dan menjamin hak rakyat.

 

Antara isu-isu yang diutarakan termasuklah ekonomi, pendidikan, wanita, demokrasi dan banyak lagi.

 

Buku ini merupakan persepsi Nurul Izzah mengenai politik tanahair di Malaysia dan berharap dapat berkongsi pendapat dan pengalaman beliau sendiri dengan masyarakat semua.

 

Diantara kandungan menarik ialah, Novela Gadis Berambut Merah, Masa Depan, Masa Kita! , Mimpi Malaysia Di Korea Selatan, Main-Main Rugikan Negara dan Memikirkan Tentang Pendidikan.

 

Buku ini mengandungi 188 helai halaman dan telah dilancarkan oleh A Samad Said, dengan harga RM 12.90 sahaja. Buku ini juga boleh didapati di Karangkraf Mall dan juga di mana-mana kedai buku di Malaysia.

 

 

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

 

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

 

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

 

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

 

Mengenai Alaf 21

 

ALAF DUA PULUH SATU mula beroperasi pada bulan April 1997 bertempat di Taman Tun Dr. Ismail. Dengan tertubuhnya ALAF DUA PULUH SATU, ia menandakan pihak KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN BHD sebagai syarikat induk mula memfokuskan pada penghasilan buku selain majalah dan akhbar. Bermula dengan Biofoto Raihan, ALAF DUA PULUH SATU terus menerbitkan pelbagai buku untuk bacaan umum seperti novel, kitab, wanita dan kreatif.

ALAF DUA PULUH SATU amat prihatin terhadap golongan pembaca yang sentiasa inginkan bahan bacaan berkualiti. Oleh kerana itu ALAF DUA PULUH SATU mengadakan proses pemilihan bahan yang benar-benar bagus dan bermutu untuk santapan minda pembaca.

Novel-novel yang diterbitkan terdiri daripada karya yang benar-benar mantap dan tentunya tidak stereotaip.

Bagi bahan-bahan bacaan untuk wanita, ALAF DUA PULUH SATU menumpukan terhadap buku-buku panduan seperti resipi, jahitan dan gubahan. Dalam pada itu, ia turut menerbitkan buku-buku bacaan umum dari semasa ke semasa.

Dari segi rangkaian pengedaran buku, ALAF DUA PULUH SATU kini mempunyai lebih 300 ejen pengedar buku di semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pasarannya  juga meliputi negara Brunei dan Singapura serta individu-individu di serata dunia.

 

URL : http://alaf21.karangkraf.com/

 


Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini.  

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato’ (Dr) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com