MAJLIS PELANCARAN BUKU VARIASI STAIL HIJAB

 

Download PDF

 

Shah Alam, 27 September 2014 - Grup Buku Karangkraf akan mengadakan Majlis Pelancaran Buku Alaf 21 "Buku Variasi Stail Hijab" di Dewan Sultan Muhamad Ke-5, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf pada 27hb September 2014 jam 2.00 petang hingga 4.00 petang yang akan dilancarkan oleh pelakon tempatan, Puteri Sarah.

 

Buku Variasi Stail Hijab hasil tulisan Anizon Husin telah diterbitkan pada 2013 lalu. Buku ini setebal 160 mukasurat dan sarat dengan pelbagai stail pemakaian tudung yang digemari ramai.  Buku ini memuatkan lebih 50 stail penggayaan selendang dan tudung.

 

Setiap stail dipaparkan secara langkah demi langkah dengan keterangan yang jelas dan gambar yang terang.

 

Buku ini adalah buku kedua garapan penulis Anizon dan beliau telah mendapat kerjasama daripada penyanyi terkenal Shila Amzah yang tampil sebagai penghias muka depan buku ini. Penyanyi ini juga telah menggayakan beberapa jenis ikatan dan pemakaian selendang di dalam buku terbitan ALAF 21 ini.

 

Rentetan pengalaman Anizon sebagai penulis  bermula sebagai wartawan Majalah Dara selama beberapa tahun.  Setelah  menjadi editor majalah DARA selama 3 tahun, beliau meletakkan jawatan dan menceburkan diri dalam dunia peniagaan tudung dan hijab muslimah.

 

Sepanjang penglibatan dalam dunia hijab, Puan Anizon pernah dilantik sebagai stylist pengayaan tudung untuk  iklan Safi Balqis dan Safi Rania. Beliau juga dilantik sebagai jurucakap produk Follow Me dan Alaisyah untuk penggayaan  tudung bagi pengguna-pengguna produk Sunsilk dan Fair a Lovely. Puan Anizon juga telah ditauliahkan sebagai salah seorang Perunding Imej Bertauliah. 

 

Hasil daripada pengalaman tersebut, beliau Berjaya menghasilkan  inner neck yang banyak membantu wanita terutama wanita berkareer cara mudah and cepat memakai tudung dan selendang mengikut gaya semasa. Selain daripada itu, inner neck ini juga dapat membantu wanita berwajah bulat untuk menggayakan selendang dengan lebih yakin tanpa mendedahkan aurat yang amat berharga itu.

 

Bak kata Puan Anizon, “Sekiranya anda berani menggayakan selendang, anda adalah seorang yang yakin! Anda perlu mencari dan mencuba. Paling penting ialah penggunaan anak tudung yang membuatkan wajah yang bulat kelihatan bujur dan manis”.

 

Berikut adalah senarai buku beliau:

1.         Variasi Inspirasi Selendang-2011

2.         Variasi Stail Hijab - 2013

 

Buku Variasi Stail hijab ini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu dimiliki setiap wanita yang inginkan keterampilan yang menarik, iaitu RM23.00. Boleh juga membeli secara atas talian melalui http://mall.karangkraf.com/.

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

 

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

 

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

 

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

 

Mengenai Alaf 21

 

ALAF DUA PULUH SATU mula beroperasi pada bulan April 1997 bertempat di Taman Tun Dr. Ismail. Dengan tertubuhnya ALAF DUA PULUH SATU, ia menandakan pihak KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN BHD sebagai syarikat induk mula memfokuskan pada penghasilan buku selain majalah dan akhbar. Bermula dengan Biofoto Raihan, ALAF DUA PULUH SATU terus menerbitkan pelbagai buku untuk bacaan umum seperti novel, kitab, wanita dan kreatif.

ALAF DUA PULUH SATU amat prihatin terhadap golongan pembaca yang sentiasa inginkan bahan bacaan berkualiti. Oleh kerana itu ALAF DUA PULUH SATU mengadakan proses pemilihan bahan yang benar-benar bagus dan bermutu untuk santapan minda pembaca.

Novel-novel yang diterbitkan terdiri daripada karya yang benar-benar mantap dan tentunya tidak stereotaip.

Bagi bahan-bahan bacaan untuk wanita, ALAF DUA PULUH SATU menumpukan terhadap buku-buku panduan seperti resipi, jahitan dan gubahan. Dalam pada itu, ia turut menerbitkan buku-buku bacaan umum dari semasa ke semasa.

Dari segi rangkaian pengedaran buku, ALAF DUA PULUH SATU kini mempunyai lebih 300 ejen pengedar buku di semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pasarannya  juga meliputi negara Brunei dan Singapura serta individu-individu di serata dunia.

 

URL : http://alaf21.karangkraf.com/

 


Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini.  

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato’ (Dr) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com