MINGGUAN WANITA BERWAJAH BAHARU DENGAN TAGLINE KUASA WANITA DISINI

 

Download PDF

 

Shah Alam, 26 September 2014 - Mulai 26hb September, 2014 majalah Mingguan Wanita (MW) terbitan Kumpulan Media Karangkraf akan muncul dengan wajah baharu. Perubahan ini merupakan satu anjakan yang lebih kearah memperkemaskan reka bentuk yang lebih tersusun rapi dan moden sesuai dengan permintaan dan selera pembaca setia MW masa kini. MW masih mengekalkan identiti kandungan bersifat Mingguan Wanita tetapi dipersembahkan dengan reka letak dan fotografi yang lebih rapi dan mod bersih (clean mode).

 

MW mempunyai pembaca setia dengan jumlah yang besar iaitu sebanyak 130 ribu naskah terjual setiap minggu membuktikan majalah ini menyediakan kandungan yang lebih memperincikan realiti kehidupan wanita masa kini. Antara kandungan yang menjadi tarikan pembaca MW ialah segmen Kemasyarakatan, Keluarga, Kesihatan dan sisipan resipi dengan tema berbeza setiap minggu sebanyak 16 mukasurat.

 

Tiada penambahan mukasurat tetapi isi kandungan di pertingkatkan dengan informasi lebih terperinci agar dapat memberikan kepuasan pembaca dan pengiklan MW.

 

MW kini dengan tagline baru KUASA WANITA DISINI muncul dengan penampilan yang lebih segar bersesuaian dengan peredaran masa dan kehendak pembaca serta pasaran. Kualiti kertas muka depan juga dipertingkatkan dengan lebih tebal, cantik, reka bentuk baharu, tersusun dan lebih moden.

 

MW wajah baharu ini bermula keluaran pada 26hb September ini dengan harga baru RM3.50 sahaja senaskah sesuai dan setanding dengan kualiti yang dihidangkan.

 

Penghias kulit MW eidisi terbaru ini dihiasi oleh artis Malaysia yang terkenal iaitu Neelofa. MW memilih beliau sebagai penghias kulit seiring dengan penampilan baharu beliau yang telah berhijrah. Begitu juga dengan MW yang baharu ini yang telah berada dipasaran selama 32 tahun (semenjak tahun 1984) yang memerlukan anjakan perubahan wanita yang sesuai dengan peredaran masa kini.

 

MW akan terus menbekalkan informasi terkini kepada pembaca setianya dengan perlbagai program-program yang akan dilaksanakan selepas ini. Pembaca MW juga boleh mengikuti informasi terkini di Facebook dan Instagram MW.

 

Sedikit latar belakang Mingguan Wanita:

 

Dikeluarkan pada tahun 1982 bermula dengan saiz tabloid. Terdapat 180 muka surat dengan 12 tajuk / segmen yang sesuai untuk wanita mengikut peredaran masa.

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

Ketua Editor MW             :              Mohd Rashdan bin Mohd Rasid
                                                          rashdan@karangkraf.com

 

Editor MW                          :              Rosiati binti Elias
                                                           rosiati.elias@karangkraf.com

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini. 

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato' (Dr.) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com