WARISAN UMMAH IKHLAS MEMBAWAKAN NOUMAN ALI KHAN SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

 

Download PDF

 

Shah Alam, 26 Jun 2014 - Nouman Ali Khan (NAK), "Blessed Guest:  Ramadhan & The Quran", adalah antara projek Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Kumpulan Media Karangkraf, Sinar Harian bersama rakan Sinergi Al Quran, Bayyinah TV.

 

Program ini turut mendapat dana daripada Takaful Ikhlas Berhad dan sokongan daripada Akademi Sinergi Ikhlas, iMuslim, Mercy Mission Malaysia, Majalah I. Bersempena program ini, JAIS juga telah memberikan  sokongan dan kelulusan agar program ini berjalan dengan lancar.

 

Syarahan yang diberi secara percuma ini merupakan sinergi bersama International Islamic Scholar di Dataran Ilmu Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Ianya adalah sejajar dengan hasrat Yayasan WUI untuk mencetuskan kesedaran "back to basic", kembali kepada Al Quran dan As Sunnah dalam masyarakat, bagi mencetuskan kesedaran kepada Al Quran iaitu baca, faham dan amal.

 

Ini merupakan program kali keenam bersama International Scholar setelah Shaykh Yawar Baig, Dr Bilal Philips,  Mufti Ismail Menk, Shaykh Muhammad Al Shareef dan Dr Yasir Qadhi.

 

WUI menjangkakan kehadiran sebanyak 3000 - 5000 orang tetamu pada 26hb Jun ini dan peminat-peminat NAK dari dalam dan luar negara yang rata-rata 70% adalah dari golongan anak-anak muda. Kebanyakannya pelajar-pelajar Universiti, Kolej, golongan terpelajar dan Eksekutif muda secara amnya dan mereka yang lebih kearah  ‘Urban’ dan golongan ‘English speaking’

 

Selain program ilmu ini, WUI juga aktif dengan aktiviti-aktiviti yang terdiri dari Rumah Ngaji, Wakaf dan Lupus Al Quran serta Dataran Ilmu bersama ustaz professional serta ahli akademik.

 

Matlamat WUI ialah agai dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia hasil dari pendidikan ilmu, di mana mereka baca, faham dan amalkan ilmu-ilmu dari Al Quran.

 

WUI berharap agar dapat menjadi ‘meeting point’ untuk organisasi korporat dan dakwah berganding bahu untuk sinergi alquran, sehingga terbina legasi untuk ummah.

 

Antara rakan sinergi yang sama-sama turut menyokong dan menyemarak aktiviti WUI adalah seperti berikut:

 

NGO/ Institut

1.  Bayyinah

2.  iMuslim

3.  Mercy Mission

4. Madrasah Tahfiz Sulaimaniyah

5.  Akademi Intelektual Muda

6.  Darul Maghfiroh

7.  Al Maghrib Institute

8.  Dakwah Corner Publications

9.  Yayasan Taalim

10. Malaysia Relief Agency

11. Multiracial Muslim (MRM)

 

Korporat/Organisasi/ Syarikat

 

1.  Takaful Ikhlas Berhad

2.  Era Mewah Sdn Bhd

3.  Unitar

4. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

5.  Akademi Sinergi Ikhlas

6.  Harian Islam

7.  Furqanworks

8.  Dzul Iman

9.  Hospital (HKL)

10.  MOFAZ

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

Mengenai Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI)

 

Objektif  WUI

Fizikal   (Sedekah Jariah)                           

Meninggalkan 1000 syarikat yang menjadikan Al Quran dan As Sunnah panduan di dalam syarikat dan mewakafkan sebahagian daripada pendapatan untuk aktiviti dakwah bagi manafaat ummah.

 

Intelektual (Ilmu Bermanafaat)

Rumah Ngaji mempunyai program pendidikan bagi membentuk kerangka fikir berdasarkan Al Quran dan As Sunnah bagi melatih para profesional seperti Doktor, Jurutera, Ahli Perniagaan dan masyarakat umum tentang aplikasi Al Quran dan As Sunnah di dalam pekerjaan dan kehidupan mereka.

 

Emosional (Anak Soleh)

Melahirkan para pemimpin dan CEO organisasi dan keluarga yang membina legasi yang soleh.

Program WUI

Dalam tempoh setahun penubuhan ini, WUI telah memulakan program percuma seperti Rumah Ngaji (Kelas Al Quran), Rumah Ngaji Bahasa Arab, Dataran Ilmu Mingguan dan RICH (Rahsia Insan Cemerlang Hidup).

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini. 

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato' (Dr.) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com