LET’S TOUR DE LIBRARY, MENYEMARAKKAN BUDAYA MASYARAKAT SUKA DATANG KE PERPUSTAKAAN AWAM.

 

Download PDF

 

Shah Alam, 26 Januari 2014 - Buku Prima dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan menjalankan sebuah program bersiri yang dinamakan Lets Tour de Library (LTdL). Program pertama seumpama ini dianjurkan oleh pihak Buku Prima dengan hasrat untuk mewujudkan budaya masyarakat suka untuk datang ke perpustakaan awam. Untuk siri yang pertama,  LTdL akan dilaksanakan di Perpustakaan Raja Tun Uda di Seksyen 13 Shah Alam, pada 26 haribulan Januari, 2014, bertempat di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam.

 

Pengisian untuk program ini padat dan menarik. Program akan dimulakan dengan majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh Pengarah PPAS, Pn Mastura. Seterusnya aktiviti pertandingan mewarna, kolaj, dan bacaan Al Quran surah-surah lazim disediakan untuk pelajar sekolah rendah bertempat di Zon Kreatif (Zon Kanak-kanak). Di sebelah petang, program Library Hunt untuk pelajar sekolah menengah pula akan berlangsung. Menariknya, pendaftaran peserta sudah penuh bagi semua aktiviti dalam tempoh 1 minggu sebelum program berlangsung. Kami di pihak penganjur melihat perkara ini sebagai suatu budaya yang positif dan berharap sambutan masyarakat untuk terlibat di dalam aktiviti di perpustakaan akan berterusan.

 

Selain daripada aktiviti pertandingan yang disediakan, pihak penganjur turut menjemput 2 orang agamawan yang akan menyampaikan slot Bedah Al Quran dan Kalendar Hijrah.

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

 

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

 

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

 

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

 

Mengenai Buku Prima

 

Buku Prima Sdn. Bhd memulakan operasi pada tahun 2006 di Jalan Penchala, Petaling Jaya dengan menerbitkan enam novel pertama. Empat tahun dalam industri penerbitan, Buku Prima semakin melangkah jauh, mempelbagaikan produk untuk pembaca dengan menerbitkan variasi genre bacaan seperti genre kanak-kanak, umum, motivasi, remaja, klasik, cerita-cerita rakyat, agama dan juga kompilasi rencana-rencana daripada majalah-majalah terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

 

Kehadiran Buku Prima memeriahkan lagi industri penerbitan buku di samping memberi saingan kepada penerbit-penerbit dalam industri buku. Matlamat Buku Prima memberi peluang kepada penulis-penulis baru untuk bertapak dalam industri penerbitan dan mencipta nama dalam bidang penulisan. Walaupun menerbitkan hasil karya baru tetapi karya terbitan Buku Prima sentiasa membawakan kelainan dan mementingkan mutu. Bermula tahun 2011, Buku Prima merupakan salah satu entiti di bawah penerbit Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd yang turut menggabungkan Alaf21 (novel, motivasi, resipi, kraf dan umum) dan Karya Bestari (agama dan islamik).

 

URL : http://buku.karangkraf.com/bukuprima/

 


Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini.  

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato’ (Dr) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com