IMARAH MASJID MEMULAKAN TAHUN 2014 DENGAN PENGISIAN YANG MANTAP


Download PDF


Klang, 25 Januari 2014 - Karya Bestari dengan kerjasama Majalah I akan menjalankan satu program yang dinamakan ‘Imarah Masjid’. Program ini mula dijalankan sejak tahun 2011, yang mana menampilkan beberapa penulis Karya Bestari. Untuk permulaan tahun 2014, Karya Bestari telah bekerjasama dengan Masjid Jamek Ar Rahimiah untuk menjalan program ini pada tarikh 25hb Januari, 2014. Dari jam 4.30 pagi hingga ke 11.15 malam, bertempat di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang (berdepan dengan Hospital Besar Klang).

 

Pengisian untuk kali ini lebih padat dan menarik. Bermula dengan Qiam bersama Ustaz Nurhisam Ahmad, Ibrah Surah dan Solat Subuh. Diteruskan dengan program RICH yang merupakan salah satu program Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang menampilkan CEO Kumpulan Media Karangkraf iaitu Dato’ (Dr) Hussamuddin Hj Yaacub. Selepas itu, satu slot yang berlangsung di kubur bersebelahan Masjid yang bertujuan mengingatkan peserta dengan kematian iaitu ‘Menanti hari pertemuan’ akan dijalankan.

 

Antara slot lain yang menarik adalah Pertandingan Musabaqah, Jom Dhuha, Kuiz Bahasa Al quran, Tazkirah zohor, Pertandingan Azan dan pertandingan membaca surah lazim dijalankan.

 

Pengisian untuk kali ini juga berbeza kerana menampilkan slot Santai Kaki Motor dari jam 2 hingga 5.30 Petang. Slot ini dijangka mampu menarik anak muda yang meminati sukan permotoran untuk hadir.

 

 

PROFIL MAJALAH I

 

MAJALAH I merupakan majalah bulanan yang penuh dengan kandungan menarik, meliputi pelbagai isu dari perspektif Islam. Merangkumi isu-isu global, lokal, keluarga dan individu, MAJALAH I menyediakan informasi yang berguna kepada pembaca supaya memahami keindahan Islam. Antara topik yang disediakan ialah isu-isu semasa, sejarah dan dunia Islam, perhubungan, kekeluargaan, kesihatan, tarbiah dan soal jawab yang menyentuh kehidupan sehari-hari. MAJALAH I menekankan slogan Informasi, Inovasi, Ilmiah, Intelek Internasional dan Islamik untuk memastikan mesej-mesej positif dapat disampaikan.

 

Forum Bicara Cinta Anak Muda (FBCAM) merupakan program tetap yang dibawakan oleh Majalah I. Setakat ini FBCAM  telah mencapai siri yang ke-25. Antara tempat-tempat yang telah menganjurkan Forum ini adalah di Institusi Pengajian Tinggi (UPSI, MMU), Masjid-Masjid di beberapa negeri (Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu)  dan di Jabatan-jabatan negeri (JAIS, JAKIM).

 

Antara panel-panel tetap di dalam forum ini adalah seperti AMIN IDRIS (TV AL-HIJRAH) SYAFIQ ZULAKIFLI (IKIM), USTAZ SYED NORHISYAM, USTAZ ZULKIFLI AHMAD, USTAZ KAZEM ELIAS, USTAZ HASLIN, PROF. MADYA MOHD NOR MAMAT, IRMA HASMIE, FARAH ASYIKIN, SHAM KAMIKAZE, FEDTRI YAHYA (TV3) DLL.

 

Terbaru pada 25hb Januari 2014, FBCAM akan diadakan di Masjid Ar-rahimiah, Klang, Selangor. Antara ahli panel yang terbabit adalah Pencetus Ummah Yeop, Th Haji Azzam (Ayahanda Ammar) dan Sham Kamikaze. Saudara Amin Idris akan bertindak sebagai Moderator.

 

Tajuk yang akan dibawa pada kali ini adalah “Anakku adalah Permata”. Antara pengisian yang ingin dibincangkan adalah berkenaan didikan yang perlu diutamakan kepada anak-anak muda masa kini. Menariknya lagi perkara utama yang ingin dikupas melalui forum ini adalah berkenaan visi dan misi ummati yang telah diterapkan oleh ayah kepada Allahyarham Ammar yang merupakan seorang pemudai islam yang mati syahid di Turki. 

 

Karya Bestari merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. Ditubuhkan pada 1978, Karya Bestari bermula sebagai penerbit buku-buku bercirikan keagamaan. Buku-buku yang dihasilkan merangkumi kitab-kitab terjemahan dan kupasan mengenai isu-isu semasa. Kesemua huraian yang dibentang bersandarkan rujukan daripada al-Quran dan al-Sunnah melalui kitab-kitab utama ulama ahl al-Sunnah wa al-jamaah. Tujuannya, agar para pembaca mendapat manfaat daripada ilmu yang murni lagi sahih.

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

 

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

 

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

 

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

 

Mengenai Karya Bestari

 

Karya Bestari merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. Ditubuhkan pada 1978, Karya Bestari bermula sebagai penerbit buku-buku bercirikan keagamaan. Buku-buku yang dihasilkan merangkumi kitab-kitab terjemahan dan kupasan mengenai isu-isu semasa. Kesemua huraian yang dibentang bersandarkan rujukan daripada al-Quran dan al-Sunnah melalui kitab-kitab utama ulama ahl al-Sunnah wa al-jamaah. Tujuannya, agar para pembaca mendapat manfaat daripada ilmu yang murni lagi sahih.

 

URL : http://buku.karangkraf.com/karyabestari

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini.  

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato’ (Dr) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com