HIJABISTA-BANK ISLAM FASHION SWAP, SWAP TILL YA DROP!

 

Download PDF

 

 

Kuala Lumpur, 25 Januari 2014 - Menjejaki teori kesantunan berbusana dalam nada kemodenan aspirasi ARTISTIK atau ‘wearable arts’ merupakan tematik majlis ‘HIJABISTA-BANK ISLAM FASHION SWAP, SWAP TILL YA DROP!’

 

Mengangkat keunggulan rekaan berkonsepkan seni umpamanya, motif abstrak, garis ‘horizontal’ dan vertikal, jalinan ‘tweed’, percikkan kroma bak coret pelukis dengan cat dan sebagainya; tanda ingin menampilkan sisi feminin serta daya inovasi si hijabi ‘fashionista’ berhijab. Selain itu, mesej utama yang ingin dipertontonkan, bahawa tatkala mengenakan hijab, tiada kekangan dalam ingin bergaya dalam konteks kontemporari ‘urban’, namun masih berkelubung,” jelas Nursuziana Zulkifli, selaku Editor Pengurusan HIJABISTA, Kumpulan Media Karangkraf.

 

“Misi HIJABISTA ialah untuk terus-menerus menjadi pencetus trend berhijab No. 1 di negara; dan ingin sentiasa mengungguli carta sebagai rujukan afdal buat setiap hijabi. Memandangkan inovasi merupakan apa yang dicari-cari hijabi kini, maka HIJABISTA bersama kolaborasi Bank Islam, berbangga untuk mendukung idea ‘Fashion Swap, Swap till ya drop’. Idea tercipta bersandarkan hasil tinjauan yang HIJABISTA lakukan di mana rata-rata hijabi membelanjakan hampir Ringgit Malaysia 1,000.00 sebulan hanya untuk membeli-belah item fesyen, namun hanya berkesempatan memakai sebanyak 30 peratus daripada item fesyen itu. Atas dasar, kitaran berbusana itu sendiri pantas berubah, maka adalah lebih afdal untuk saling bertukar item fesyen sesama hijabi fashionista atas dasar suka sama suka; daripada item-item itu hanya tersisih di dalam lemari,” tambah Nursuziana.

 

“Dikatakan lagi, pertukaran ala sistem barter pastinya mampu membuatkan anda tersenyum lebar! Anda tanya kenapa? Cuba bayangkan, senario ini: Dibuai-buai dengan alunan tempo muzik akustik, ditambah pula dengan ‘canapés’ atau kanape lazat, barisan pencuci mulut yang menggiurkan, dengan diiringi oleh kelompok hijabi fashionista yang disenangi; nah, bukankah itu sesuatu yang bakal meriangkan jiwa? Selain itu, idea di sebalik pertukaran item fesyen tersebut, membawa maksud tersirat, iaitu perkongsian. Bukankah perkongsian itu bakal membuatkan hidupmu itu lebih bermakna?

 

Justeru itu, HIJABISTA menghimpunkan rata-rata hijabi yang tergolong daripada kategori elitis, ‘bloggers’ fesyen, sosialit, serta pembaca HIJABISTA dan para pelanggan Bank Islam yang terpilih, untuk sama-sama menikmati ‘fashion swap’ dalam nada santai,” tokok Nursuziana lagi.

 

Sambung Nursuziana, “Bagi menepati tema majlis iaitu ‘Artsy Fartsy’ yang berpaksikan pengaruh inovasi susur galur artistik, HIJABISTA turut mengundang Pearl Haya Gallery untuk mengadakan demo stail langkah demi langkah hijab berkonsepkan artistik. Bagi menyemarakkan lagi majlis ‘HIJABISTA-BANK ISLAM FASHION SWAP’ tersebut, HIJABISTA turut mengundang hijabi duo di bawah naungan HIJABISTA sebagai penata gaya rasmi dengan kolaborasi SRC (untuk tempoh setahun) iaitu THE TWINNIES untuk menyajikan lagu-lagu akustik sebagai belaian jiwa hadirin yang hadir, selain, sesi setengah jam Bicara Santai Perbankan oleh Bank Islam turut diadakan. Turut berlangsung serentak, merupakan ‘Bazar Pertama Hijabi’ kelolaan HIJABISTA di mana menghimpunkan, ‘bazaar vendors’ yang telah lulus dari segi busana moden namun masih menutup aurah secara rapi.

 

Bagi memeriahkan lagi suasana majlis, turut berlangsung acara ‘lucky draw’ di mana sepuluh pemenang bertuah membawa pulang antaranya dua utas jam tangan Berring dari Singapura, hamper SK II, Loccitane, Playboy Fragrances, set Shiseido, ‘Rose Water’ Melvita, 10 baucar RM250 Reebonz, 5 baucar tunai Crocs Malaysia bernilai RM200 setiap satu, Enchanteur, Olay, Loreal dan Chenta Kaseh.

 

HIJABISTA turut menganugerahkan sepuluh anugerah antaranya ‘Hijabi Sopan’, ‘Hijabi Stailo’, ‘Hijabi Eksperimental’, ‘Hijabi Fashionista’, ‘Hijabi Friendly’, ‘Hijabi Chic’, ‘Hijabi Office’, ‘Hijabi Kasual’, ‘Hijabi Glam’, dan ‘Hijabi Ikon’.”

 

HIJABISTA bukan lagi majalah tipikal, namun ‘dna’ HIJABISTA adalah suatu jenama yang punya senaskhah majalah; terbit dalam versi digital yang boleh dimuat turun daripada aplikasi emall atau emall.karangkraf.com; program tv HIJABISTA 13 episod yang bersiaran di saluran Astro Ria 104 (tamat pada akhir Ogos 2013); laman sesawang yang memaparkan trend fesyen kekinian; medium ‘social networking’ yang aktif berinteraksi 24/7; dan insyaAllah perancangan masa hadapan untuk mewujudkan HIJABISTA versi Inggeris atas permintaan hijabi dari negara Timur Tengah, Singapura, Brunei dan sebagainya.

 

HIJABISTA mengangkat ‘tagline’ ‘Sopan & Stailo, Khas Untuk Si Fashionista Bertudung’ dan diharap agar dengan kemunculan HIJABISTA, sedikit-sebanyak akan menimbulkan kesedaran di kalangan muslimah khususnya, tentang kemestian menutup aurah, serta tiada limitasi dalam berbusana asal tidak memperkotak-katikkan soal syariat. hb

 

-Tamat-

 

Kenyataan Media Disediakan oleh:

 

Nursuziana Zulkifli (Suzi)
Editor Pengurusan

Hijabista

 

Grup Majalah Karangkraf,
Lot No.25, Premis No.1,
Jalan Renggam Off Persiaran 15,
Seksyen 15, 40200, 
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

 

H/P: 012-6111003

 

Email: nursuziana@karangkraf.com

            editor.hijabista@karangkraf.com

            suziana@gmail.com

 

 

Mengenai Hijabista

 

STAILO & SOPAN

 

Tampil urban dan stylo khas buat si fashionista bertudung. Menghimpunkan idea fesyen kontemporari terkini dan menjadi pencetus tred terkini. Hijabista turut dilengkapi dengan tip dan info kecantikan, kesihatan serta gaya hidup.

 

An urban and stylish magazine for the head scarf wearing fashionista. A collection of contemporary fashion ideas and the latest trends, hijabista also features tips and information on beauty, health and lifestyle.

 

45 000 | 21+ | Monthly

 

URL : http://hijabista.karangkraf.com

 

‘LIKE’ hijabistamagazine on Facebook fb/hijabistamagazine
‘FOLLOW’ us on Twitter @hijabistamag
‘FOLLOW’ us on Pinterest http://pinterest.com/hijabistamag/
‘FOLLOW’ us on Instagram @hijabistamag
‘FOLLOW’ us on Keek @hijabistamag

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini.  

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato' (Dr) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com