‘SAYA, SPR DAN PILIHAN RAYA’ OLEH WAN AHMAD WAN OMAR, DILANCARKAN OLEH TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

 

Download PDF

 

Kuala Lumpur, 25 April - ‘Saya, SPR & Pilihan Raya’ adalah buku pertama tulisan Datuk Wira Wan Ahmad bin Wan Omar yang diterbitkan oleh pihak Alaf 21. Penulis menulis buku ini dengan tujuan ingin berkongsi pengalamannya selama 9 tahun sebagai bekas Timbalan Pengerusi SPR kepada masyarakat mengenai  proses pilihan raya.

 

Di Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditubuhkan di bawah Perlembagaan sebagai sebuah badan bebas yang bertanggungjawab menguruskan proses dan hal-hal berkaitan pilihan raya. Tetapi apakah dengan penubuhan SPR, telah membuktikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan pilihan raya demokratik di mata dunia?

 

Apa yang istimewanya, buku ini bukan sahaja berkisar tentang dunia politik pilihan raya namun ia juga menceritakan mengenai ragam politik dan kerenah masyrakat terhadap pilihan raya, peranan SPR sebagai badan pengurusan pilihan raya serta proses dan perjalanan pilihan raya itu sendiri.

 

Buku ini dilancarkan hari ini 25hb April, 2014 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di PWTC bersempena Pesta Buku Antarabangsa 2014. Diterbitkan oleh Alaf 21, dibawah Grup Buku Karangkraf, salah satu anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.

 

Latar belakang Wan Ahmad bin Wan Omar

 

Wan Ahmad bin Wan Omar dilahirkan di Kuala Terengganu pada 28 November 1947.  Sepanjang dalam Perkhidmatan Awam sejak tahun 1972, di bawah Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, beliau telah berkhidmat di Kementerian Luar Negeri, Jabatan Perdana Menteri dan pada 1998 di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sebagai Setiausaha selama lebih 6 tahun sehingga bersara pada 28 Nov 2004.  Pada Disember 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SPR dan menduduki  jawatan tersebut selama 9 tahun sehingga persaraan wajib pada 28 November 2013, mengikut Perkara 114 (3) Perlembagaan Persekutuan. Selama 16 tahun di SPR, beliau telah terlibat secara langsung dalam menjalankan 4 pilihan raya umum (1999, 2004, 2008 dan 2013),  43 pilihan raya kecil dan 2 urusan kajian semula persempadanan  bahagian pilihan raya bagi seluruh negara. Beliau juga menimba ilmu dan pengalaman yang luas berkaitan urusan demokrasi dan pilihan raya melalui penyertaan sebagai  wakil SPR dan Negara di dalam program-program pemerhatian pilihan raya di 19 buah Negara di peringkat antarabangsa. Selain itu, beliau telah menghadiri seminar-seminar dan forum-forum berkaitan dengan proses demokrasi dan pilihan raya di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti UNDP sekretariat Komanwel  International Ideas trinity College Camvbrige, UK dan beberapa institut kajian hal ehwal demokrasi yang lain.

 

Sebelum berkhidmat di SPR beliau juga pernah berkhidmat di pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di luar Negara seperti di Singapura, Manila dan Washington DC.  Sepanjang berkhidmat lebih 16 tahun bersama SPR, beliau terlibat secara langsung mengendalikan empat  pilihan raya umum Negara 52 pilihan raya kecil dan 2 urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri-negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

 

Sepanjang perkhidmatan dengan kerajaan beliau dianugerahkan darjah-darjah kebesaran DPMT, DSMZ (Terengganu), DIMP (Pahang), JBK (Sarawak), DPMS (Selangor), DCSM (Melaka) dan KMN, JMN (Persekutuan).  Datuk Wira Hj Wan Ahmad bin Wan Omar berkahwin dengan Datin Wira Hjh Hamidah Salleh dan dikurniakan empat orang anak.

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

 

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

 

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

 

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

 

Mengenai Alaf 21

 

ALAF DUA PULUH SATU mula beroperasi pada bulan April 1997 bertempat di Taman Tun Dr. Ismail. Dengan tertubuhnya ALAF DUA PULUH SATU, ia menandakan pihak KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN BHD sebagai syarikat induk mula memfokuskan pada penghasilan buku selain majalah dan akhbar. Bermula dengan Biofoto Raihan, ALAF DUA PULUH SATU terus menerbitkan pelbagai buku untuk bacaan umum seperti novel, kitab, wanita dan kreatif.

ALAF DUA PULUH SATU amat prihatin terhadap golongan pembaca yang sentiasa inginkan bahan bacaan berkualiti. Oleh kerana itu ALAF DUA PULUH SATU mengadakan proses pemilihan bahan yang benar-benar bagus dan bermutu untuk santapan minda pembaca.

Novel-novel yang diterbitkan terdiri daripada karya yang benar-benar mantap dan tentunya tidak stereotaip.

Bagi bahan-bahan bacaan untuk wanita, ALAF DUA PULUH SATU menumpukan terhadap buku-buku panduan seperti resipi, jahitan dan gubahan. Dalam pada itu, ia turut menerbitkan buku-buku bacaan umum dari semasa ke semasa.

Dari segi rangkaian pengedaran buku, ALAF DUA PULUH SATU kini mempunyai lebih 300 ejen pengedar buku di semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pasarannya  juga meliputi negara Brunei dan Singapura serta individu-individu di serata dunia.

 

URL : http://alaf21.karangkraf.com/

 


Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini.  

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato’ (Dr) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com