RUMAH NGAJI  SECARA PERCUMA DI PERBADANAN PERPUSTAKAN AWAM SELANGOR (PPAS)

 

Download PDF

 

Shah Alam, 24 Julai 2014 - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) Karangkraf dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah mengambil inisitif untuk mewujudkan RUMAH NGAJI secara percuma di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan tujuan untuk melahirkan generasi celik Al Quran dengan harapan masyarakat mampu membaca dan memahami isi kandungan Al Quran untuk dijadikan sebagai panduan hidup.

 

Sinergi untuk mewujudkan Rumah Ngaji ini bukan sahaja tertumpu di PPAS, malah melibatkan beberapa organisasi lain seperti syarikat korporat, hospital, badan kerajaan, universiti, NGO dan banyak lagi untuk mencetuskan kecintaan kepada Al-Quran. Rumah Ngaji mensasarkan 95 peratus masyarakat Malaysia mampu membaca dan memahami Al-Quran sesuai dengan slogan Rumah Ngaji ‘BACA, FAHAM, AMAL’.

 

Dengan termeterainya kerjasama ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), yang dibarakan oleh Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah mengambil inisitif untuk mewujudkan RUMAH NGAJI di perpustakaan dengan tujuan untuk mencetuskan minat untuk membaca, memahami dan mengamalkan Al Quran di dalam masyarakat melalui teknik 24 jam pandai baca Al Quran secara percuma kepada masyarakat. Rumah Ngaji ini juga menyediakan ruang yang moden dan suasana yang selesa agar membaca Al Quran menjadi terapi untuk jiwa.

 

Sehubungan dengan itu, Majlis Pra Pelancaran Rumah Ngaji@PPAS telah diadakan pada 24 Julai 2014 bersamaan 26 Ramadhan 1435 (Khamis) bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor D/A Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam Selangor.

 

Rumah Ngaji telah bermula di Kompleks Kumpulan media Karangkraf sejak setahun lepas melibatkan penyertaan daripada kakitangan Karangkraf dan juga masyarakat setempat. Rumah Ngaji memberi peluang kepada orang ramai untuk mengikuti kelas pengajian Al-Quran secara percuma tanpa mengenakan sebarang bayaran. Rumah Ngaji yang akan di buka di PPAS yang akan bermula di Perpustakaan Tun Raja Uda ini mensasarkan golongan muda terutamanya pelajar universiti sekitar Shah Alam. Ini kerana, golongan sasaran ini merupakan aset penting untuk membentuk sebuah negara yang mempunyai jiwa Al-Quran dalam diri setiap masyarakat. Dengan matlamat BACA, FAHAM, AMAL ini diharapkan dapat membentuk peribadi Al-Quran.

 

Bilik yang berkonsepkan santai di PPAS ini, memberi ruang kepada sesiapa yang memerlukan terapi Al-Quran dan pengisian kepada jiwa setelah penat bekerja. Tenaga pengajar atau ustaz yang diberi latihan khusus oleh Rumah Ngaji dengan kaedah dan teknik yang mudah dan cepat. Dengan adanya sinergi antara Yayasan WUI dengan PPAS, akan ada lebih banyak program yang berlandaskan Al-Quran seperti Baca Bincang Quran (BBQ) yang disinergikan oleh Akademi Sinergi Ikhlas.

 

Sinergi ini diharapkan agar Rumah Ngaji terus berkembang ke seluruh Malaysia. Yayasan WUI mensasarkan lebih 3000 Rumah Ngaji akan diwujudkan bagi member kemudahan kepada orang ramai dan memberi peluang kepada semua masyarakat untuk sama-sama memahami Al-Quran supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Yayasan WUI berharap akan ada lebih ramai yang ingin turut sama bersinergi bersama. Yayasan WUI juga membuka peluang kepada organisasi atau individu yang berminat untuk mewujudkan Rumah Ngaji di tempat anda atau menaja mana-mana Rumah Ngaji yang memerlukan.

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

Mengenai Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI)

 

Objektif  WUI

Fizikal   (Sedekah Jariah)                           

Meninggalkan 1000 syarikat yang menjadikan Al Quran dan As Sunnah panduan di dalam syarikat dan mewakafkan sebahagian daripada pendapatan untuk aktiviti dakwah bagi manafaat ummah.

 

Intelektual (Ilmu Bermanafaat)

Rumah Ngaji mempunyai program pendidikan bagi membentuk kerangka fikir berdasarkan Al Quran dan As Sunnah bagi melatih para profesional seperti Doktor, Jurutera, Ahli Perniagaan dan masyarakat umum tentang aplikasi Al Quran dan As Sunnah di dalam pekerjaan dan kehidupan mereka.

 

Emosional (Anak Soleh)

Melahirkan para pemimpin dan CEO organisasi dan keluarga yang membina legasi yang soleh.

Program WUI

Dalam tempoh setahun penubuhan ini, WUI telah memulakan program percuma seperti Rumah Ngaji (Kelas Al Quran), Rumah Ngaji Bahasa Arab, Dataran Ilmu Mingguan dan RICH (Rahsia Insan Cemerlang Hidup).

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini. 

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato' (Dr.) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com