SINAR HARIAN MENCARI JUARA UNTUK TAHUN KE TIGA DALAM KEJOHANAN BADMINTON SINAR 2014

 

Download PDF

 

Puchong, 22 Mac - Kejohanan Badminton Sinar Harian telah dianjurkan oleh Akhbar Sinar Harian terbitan Kumpulan Media Karangkraf. Dianggarkan seramai 700 orang peserta terdiri dari pelbagai peringkat umur dan bangsa seluruh negara yang akan menyertai kejohanan ini nanti. Acara tahunan ini yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 8.00 malam, merupakan kejohanan tahun ke 3 untuk kali ke 3 berturut-turut.

Objektif kejohanan ini dianjurkan adalah untuk mencungkil bakat baru terutamanya bakat daripada golongan remaja untuk dijadikan pelapis sukan badminton negara. Sesuai dengan moto kojahanan ini iaitu“KAMI MENCARI JUARA” menjadi tujuan utama kejohanan ini dianjurkan. . Ini merupakan satu ‘platform’ yang harus diterapkan dijiwa masyarakat Malaysia khususnya dikalangan belia remaja yang cintakan sukan badminton.

Selain itu, melalui kejohanan ini pihak Sinar Harian dengan kerjasama pihak penaja yang terlibat seperti PKNS, FLEET, T.N.B, Syabas, Permanis sandisland, Hospital Salam dan P.B.K.L menjadikan kejohanan ini sebagai satu ‘platform’ untuk mendekati dan beramah mesra bersama-sama komuniti badminton seterusnya masyarakat setempat.

Hadiah-hadiah lumayan yang ditaja dari jenama Fleet terbahagi kepada kategori berkumpulan dan ketegori remaja lelaki dan perempuan.

Bagi kategori berkumpulan, johan akan menerima wang tunai sebanyak RM 3000.00 beserta produk Fleet bernilai RM 4318.80. Naib johan pula akan menerima wang tunai sebanyak RM 2000.00 beserta produk Fleet bernilai RM 3238.80. Manakala hadiah ketiga sebanyak RM 1000.00 beserta produk Fleet bernilai RM 3118.80. Dan hadiah keempat akan menerima wang tunai RM 500.00 beserta procuk Fleet bernilai RM 430.80

Sementara kategori beregu remaja lelaki dan perempuan, johan akan menerima wang tunai sebanyak RM 500.00 beserta produk Fleet bernilai RM 719.80. Manakala naib johan akan menerima wang tunai sebanyak RM 400.00 beserta produk Fleet bernilai RM 539.80. Tempat ketiga akan menerima wang tunai RM 200.00 beserta produk Fleet bernilai RM 519.80. Dan saguhati akan menerima produk dari Fleet.

Hadiah keseluruhan bernilai RM 47,000.00

Kategori kejohanan terbahagi kepada kategori berkumpulan 1 perseorangan lelaki, 3 beregu lelaki dan 1 beregu wanita. Manakala kategori beregu remaja lelaki dan perempuan terdiri dari beregu 1 lelaki dan 1 beregu perempuan.

Kejohanan Badminton Sinar 2014 ini telah dilancarkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza bin Haji Zakaria yang juga merupakan Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA).

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini. 

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato' (Dr.) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com