PENYAMPAIAN HADIAH LANGGAN DAN MENANG ALZA 2013 - 2014

 

Download PDF

 

Shah Alam, 18 Jun 2014 - Pada 18hb Jun 2014, di ibu pejabat Kumpulan Media Karangkraf telah dilangsungkan Upacara Penyampaian Hadiah Langgan dan Menang Alza 2013 - 2014. Peraduan ini telah bermula pada 1hb Oktober 2013 sehingga 31hb Mei 2014.

Peraduan ini yang dibuka kepada pembaca persendirian atau individu yang melanggan Apartmen Impiana, Dapur Impiana, Dara.Com, E-baca, Fokus SPM, Hijabista, Impiana, Klik, Laman Impiana, Libur, Majalah I, Majalah PC, Maskulin, Media Hiburan, Midi, Mingguan Wanita, Nona, Nur, Pa&Ma, Pesona Pengantin, Rapi, Rasa, Remaja, Seri Dewi & Keluarga, dan Umpan.

 

Jumlah nilai langganan mestilah RM150.00 ke atas dan semasa peraduan ini berlangsung pembaca boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diinginkan tetapi setiap borang penyertaan hendaklah beserta bukti bayaran berlainan sebagai bukti langganan.

 

Pemenang Hadiah Utama ditentukan melalui cabutan dan diumumkan acara penyampaian hadiah peraduan Langgan dan Menang yang diadakan pada 18hb Jun 2014.

 

Hadiah Utama berupa Sebuah Alza 1.5 Ezi Auto.

 

Sementara tempat pertama berupa barangan elektrik dari Pensonic bernilai RM 6000.00

  • Pensonic Natural Pure Water System
  • Washer 6.5 kg
  • Vacuum cleaner
  • Portable air cond
  • LED TV 24”

 

Manakala tempat kedua berupa barangan elektrik dari Pensonic bernilai RM 5000.00

  • Pensonic Natural Pure Water System
  • Portable air cond
  • LED TV 24”

 

Tempat Ketiga berupa barangan elektrik dari Pensonic bernilai RM 4000.00

  • Pensonic Natural Pure Water System
  • Washer 6.5kg
  • LED TV 24”

 

Tempat Keempat berupa barangan elektrik dari Pensonic bernilai RM 3000.00

  • Pensonic Natural Pure Water System
  • Vacuum Cleaner
  • LED TV 24”

 

Tempat Kelima akan memenangi barangan elektrik dari Pensonic bernilai RM 2000.00

  • Pensonic Natural Pure Water System
  • Pensonic Multi – Oscillating Function Stand fan
  • LED TV 24”

 

Tempat keenam hingga kesepuluh akan mendapt TV LED 22” setiap satu

 

Hadiah Saguhati sebanyak 20 orang akan mendapat barangan eletrik.

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

 

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

 

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

 

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini.  

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato’ (Dr) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com