YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS MEMBAWA PENCERAMAH BEBAS ANTARABANGSA SHEIKH YUSOF QADHI DAN SHEIKH MUHAMMAD AL-SHAREEF

 

Download PDF

 

Pada 16hb Mei ini, Yayasan Warisan Ummah dibarakan dibawah Kumpulan Media Karangkraf, telah berjaya membawakan Sheikh Yusof Qadhi, seorang penceramah Islam bebas antarabangsa untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan rakyat Malaysia, dalam ceramah beliau bertajuk ‘The Tree of Iman’. Ceramah ini dibuka secara percuma untuk masyarakat Islam di Malaysia khususnya.

 

Dr. Sheikh Yasir Qadhi, PhD, ialah Dekan Hal Ehwal Akademik di AlMaghrib Institute. Beliau mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Bidang Kejuruteraan Kimia dari University of Houston, Texas, sebelum membuat keputusan untuk menyambut pengajian sarjana muda sastera di Fakulti Hadis dan Pengajian Islam, Universiti Islam Madinah. Beliau turut menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Teologi Islam di University yang sama dan seterusnya memperoleh Ijazah doctor falsafah dalam bidang Pengajian Agama dari Yale Universiti. Sheikh Yasir kini merupakan Resident Scholar di Memphis Islamic Center dan beliau juga mengajar di jabtan Pengajian Agama di Rhodes College, Tennessee.

 

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas juga amat berbesar hati menjemput Shaykh Muhammad AlShareef  ke Dataran Ilmu Karangkraf pada 16hb Mei ini untuk sama-sama perdengarkan khutbah Jumaat beliau yang bertajuk ‘Unity in the Muslim Ummah’. Khutbah Jumaat ini akan disampaikan oleh beliau di Masjid Karangkraf dan dibuka kepada orang ramai untuk sama-sama mendengar khutbah beliau ini.

 

Kedua-dua Sheikh ini akan berada di Malaysia sehingga 18hb Mei, sempena ILMFEST 2014 yang dianjurkan oleh Al-Maghrib dan iMuslim. Kumpulan Media Karangkraf serta Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Sinar merupakan rakan utama dan media rasmi untuk acara yang julung-julung kali diadakan di Malaysia. Seramai 14 penceramah Islam bebas antarabangsa akan berada di Malaysia mulai 16, 17 & 18 Mei ini sempena ILMFEST 2014.

 

Kehadiran kedua Sheikh ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), iaitu sebuah yayasan yang berorientasikan seratus peratus dakwah untuk ummah.  Aktiviti utama adalah untuk memperkasakan ummah dengan ilmu dan amal berlandaskan Al Quran dan As Sunnah. Dengan membaca, memahami dan mengamalkan Al Quran, diharapkan terjadi sebuah penyatuan hati sehingga dapat mengecilkan perbezaan dan  perbesarkan persamaan.

 

WUI berharap usaha ini menjadi pencetus untuk bersama-sama melaksanakan sinergi untuk kepentingan ummah.  Dengan sinergi bersama, WUI mensasarkan legasi yang dibina pada tahun 2014 – 2114, ialah bersandarkan Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang mendoakan kepadanya."

(Hadis Riwayat Muslim)

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

Mengenai Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI)

 

Objektif  WUI

Fizikal   (Sedekah Jariah)                           

Meninggalkan 1000 syarikat yang menjadikan Al Quran dan As Sunnah panduan di dalam syarikat dan mewakafkan sebahagian daripada pendapatan untuk aktiviti dakwah bagi manafaat ummah.

 

Intelektual (Ilmu Bermanafaat)

Rumah Ngaji mempunyai program pendidikan bagi membentuk kerangka fikir berdasarkan Al Quran dan As Sunnah bagi melatih para profesional seperti Doktor, Jurutera, Ahli Perniagaan dan masyarakat umum tentang aplikasi Al Quran dan As Sunnah di dalam pekerjaan dan kehidupan mereka.

 

Emosional (Anak Soleh)

Melahirkan para pemimpin dan CEO organisasi dan keluarga yang membina legasi yang soleh.

Program WUI

Dalam tempoh setahun penubuhan ini, WUI telah memulakan program percuma seperti Rumah Ngaji (Kelas Al Quran), Rumah Ngaji Bahasa Arab, Dataran Ilmu Mingguan dan RICH (Rahsia Insan Cemerlang Hidup).

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini. 

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato' (Dr.) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com