PELANCARAN ‘CERITA  CINTA  AHMAD  AMMAR’

 

Download PDF

 


Shah Alam, 16 Februari - Satu majlis pelancaran buku berkenaan Almarhum Ahmad Ammar Ahmad Azam telah diadakan di Kumpulan Media Karangkraf (KMK) bertempat di Shah Alam, Selangor pada 16hb Februari, 2014.

 

Pelancaran buku bertajuk “Cerita Cinta Ahmad Ammar” telah disempurnakan oleh pengasas Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD), Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman selaku bapa Ammar sambil disaksikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Dato' (Dr.) Hussamuddin Yaacub dan Presiden GPTD, Muhammad Suhail Ahmad.

 

Buku ini ditulis oleh 16 orang penulis yang terdiri daripada ahlii keluarga dan kenalan rapat Almarhum. Kesemua penulis yang hadir di majlis pelancaran ini turut diberikan naskhah penghargaan oleh Pengarah Urusan KMK.

 

Almarhum Ahmad Ammar telah mencetus suatu fenomena baharu di kalangan generasi muda apabila video “GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan” mencapai tontonan sebanyak sejuta dalam tempoh kurang satu bulan dan kini, ia telah mencecah 1.6 juta penonton.

 

Pemergian nya menjadi titik tolak kepada pendedahan aktiviti keagamaan dan kemanusiaan yang disertainya termasuk keperibadiannya yang menjadi teladan kepada masyarakat. Bukan sekadar kecemerlang anakademik, Almarhum juga aktif dalam misi-misi kemanusiaan dan mempunyai visi hidup yang jelas demi memartabatkan agama dan umat Islam.

 

Buku ini telah disusun oleh GPTD bagi mengumpulkan segala kisah realiti pengalaman setiap insan yang dekat dengannya untuk dikongsi kepada masyarakat supaya Almarhum dapat dikenali dan dicontohi.

 

Almarhum telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan dan Tokoh Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor (Anugerah Saidina Ali) bagi tahun 1435H / 2014.

 

Buku ini juga mengisahkan pengalaman mendidik Almarhum oleh ahli keluarganya yang boleh dicontohi masyarakat dalam usaha melahirkan generasi muda yang berwawasan.

 

Rentetan daripada fenomena Ammar, GPTD turut mendapat sambutan ramai yang ingin menyertainya supaya mereka dapat megikuti jejak langkah Almarhum yang pernah bergiat aktif dan menjadi koresponden rasmi GPTD di Turki.

 

Sehubungan itu, majlis pelancaran ini diadakan sempena Himpunan Relawan (HR) peringkat Lembah Klang dalam Siri Jelajah Malaysia 2014. HR ialah produk GPTD dalam member taklimat pengenalan mengenai GPTD dan aktivitinya kepada ahli-ahli baru.

 

Himpunan Relawan akan diadakan di setiap negeri dalam Siri Jelajah Malaysia bermula bulan Februari sehingga Mei 2014. Mereka yang berminat akan diberikan pendedahan mengenai GPTD sekaligus membolehkan proses pendaftaran keahlian disiapkan pada hari yang sama setelah tamat HR.

 

Setiap ahli akan diberikan passport keahlian GPTD, iaitu buku rekod keahlian yang mengambil konsep passport bagi penglibatan dalam segala aktiviti yang disertai ahli dengan yuran yang berpatutan. Sistem latihan yang disediakan juga turut diterangkan kepada umum dalam HR.

 

Bertepatan dengan pelancaran buku Ammar pada hari ini, GPTD akan membawa buku ini dalam Siri Jelajah Malaysia untuk jualan kepada umum pada setiap program HR di peringkat negeri. Buku juga boleh didapati di Karangkraf Mall dan kedai-kedai buku seperti MPH dan POPULAR selain pembelian secara atas talian.


-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

 

Mengenai Karya Bestari
 

Karya Bestari merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. Ditubuhkan pada 1978, Karya Bestari bermula sebagai penerbit buku-buku bercirikan keagamaan. Buku-buku yang dihasilkan merangkumi kitab-kitab terjemahan dan kupasan mengenai isu-isu semasa. Kesemua huraian yang dibentang bersandarkan rujukan daripada al-Quran dan al-Sunnah melalui kitab-kitab utama ulama ahl al-Sunnah wa al-jamaah. Tujuannya, agar para pembaca mendapat manfaat daripada ilmu yang murni lagi sahih.

 

URL : http://buku.karangkraf.com/karyabestari

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini. 

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato' (Dr.) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com