ANUGERAH  GRUP  BUKU  KARANGKRAF 2013

 

Download PDF

 

Kuala Lumpur, 14 Jun 2014 - Pada 14hb Jun, 2014, buat pertama kalinya Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 dianjurkan oleh Grup Buku Karangkraf untuk memartabatkan penulis-penulis, novelis-novelis, bahagian editorial dan juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjadikan Grup Buku Karangkraf dan imprint di bawah Grup Buku Karangkraf sendiri iaitu Alaf 21, Buku Prima dan juga Karya Bestari.

 

Grup Buku karangkraf telah menjadi ruji bacaan pilihan untuk rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat lebih dari 10 tahun. Pada masa ini Grup Buku Karangkraf telah menerbitkan lebih 1000 judul dan trend membaca adalah sangat positif di Malaysia dimana GBK memenuhi permintaan semasa. Kejayaan Grup Buku Karangkraf terletak pada hakikat bahawa GBK adalah komited ke arah memupuk dan penerbitan sastera terbaik oleh penulis-penulis tempatan. GBK telah menerbitkan purata 30 judul setiap bulan dan dianggap sebagai penerbit terkemuka di Malaysia.

 

Disamping itu juga, ini adalah satu-satunya majlis yang diadakan untuk meraikan penulis-penulis yang bernaung di dalam Kumpulan Media Karangkraf dan imprint-imprint nya, Alaf 21, Buku prima dan Karya Bestari. Penulis-penulis ini telah menghasilkan karya-karya yang bermutu yang telah menarik minat pembaca-pembaca di seluruh pelusuk negara.

 

Berikut merupakan senarai kategori pemenang Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 :

BIL

KATEGORI

1

PENULIS PILIHAN KATEGORI BUKU UMUM

2

PENULIS PILIHAN KATEGORI NOVEL FIKSYEN ALAF 21

3

PENULIS PILIHAN KATEGORI NOVEL FIKSYEN BUKU PRIMA

4

PENULIS PILIHAN KATEGORI BUKU KANAK-KANAK

5

PENULIS PILIHAN KATEGORI BUKU ISLAMIK

6

BUKU PILIHAN KATEGORI BUKU UMUM

7

BUKU PILIHAN KATEGORI NOVEL FIKSYEN ALAF 21

8

BUKU PILIHAN KATEGORI NOVEL FIKSYEN BUKU PRIMA

9

BUKU PILIHAN KATEGORI BUKU KANAK-KANAK

10

BUKU PILIHAN KATEGORI ISLAMIK

11

PENULIS HARAPAN PILIHAN KATEGORI BUKU UMUM

12

PENULIS HARAPAN PILIHAN KATEGORI NOVEL FIKSYEN ALAF 21

13

PENULIS HARAPAN PILIHAN KATEGORI NOVEL FIKSYEN BUKU PRIMA

14

PENULIS HARAPAN PILIHAN KATEGORI BUKU KANAK-KANAK

15

PENULIS HARAPAN PILIHAN KATEGORI BUKU ISLAMIK

16

NOVEL ADAPTASI PILIHAN

17

COVER PILIHAN KATEGORI BUKU UMUM

18

COVER PILIHAN KATEGORI NOVEL FIKSYEN ALAF 21

19

COVER PILIHAN KATEGORI NOVEL FIKSYEN BUKU PRIMA

20

COVER PILIHAN KATEGORI BUKU KANAK-KANAK

21

COVER PILIHAN KATEGORI BUKU ISLAMIK

22

PENULIS PILIHAN KESELURUHAN

23

BUKU TERLARIS

24

ANUGERAH KHAS - IPT

25

ANUGERAH KHAS KELAB PEMINAT

26

ANUGERAH KHAS KEDAI BUKU TERBAIK

27

ANUGERAH KHAS KEDAI BUKU RANGKAIAN TERBAIK

28

ANUGERAH KHAS AJEN KEDAI BUKU TERBAIK

29

ANNUGERAH KHAS KEDAI BUKU MEGA TERBAIK

30

ANUGERAH KHAS WHOLESALER TERBAIK

 

Penerima akan  menerima hadiah sebuah trofi. Sementara Penulis Pilihan Keseluruhan akan menerima sebuah trofi dan wang tunai RM 3,000.00

 

Bagi Anugerah Khas Kedai Buku Terbaik, Anugerah Khas Kedai Buku Rangkaian Terbaik, Anugerah Khas Agen Kedai Buku Terbaik, Anugerah Khas Kedai Buku Mega Terbaik dan Anugerah Khas Wholesaler Terbaik, masing-masing akan menerima sebuah trofi dan wang tunai RM 1,000.00

 

Keseluruhan pemilihan pemenang Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 ini merupakan pilihan dari pembaca-pembaca Sinar Harian yang bermula dari 1 Mac hingga 4 Mei, 2014. Sementara Anugerah Khas dipilih dari Grup Buku Karangkraf.

Sinar Harian dan Sinar Harian TV merupakan Akhbar Rasmi Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013.

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

 

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

 

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

 

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini.  

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato’ (Dr) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com