GENIUS PA&MA LENGKAPKAN ILMU KEIBUBAPAAN

 

Download PDF

 

Shah Alam, 10 Oktober 2014 - Mengungguli terbitan majalah Berbahasa Melayu berkonsepkan panduan keibubapaan dan prasekolah sejak sekian lama, jenama Pa&Ma kini semakin matang dan kukuh. Ini terbukti apabila majalah ini berjaya menampilkan satu lagi Edisi Khas buat pertama kalinya iaitu Genius Pa&Ma  yang bakal bertemu pembacanya pertengahan Oktober ini.

 

Memilih bulan Oktober sebagai sasaran waktu  terbitan Edisi Khas ini begitu signifikan kerana ia adalah bulan Annivesary atau Ulang Tahun Pa&Ma yang ke 14 tahun! Dalam tempoh ini Pa&Ma telah banyak memberikan pelbagai maklumat kepada bakal ibu dan ibu bapa muda dalam membuat persediaan menyambut bayi sehinggalah ilmu keibubapaan bagi membentuk anak-anak yang sihat, bijak dan bersahsiah tinggi.

 

Terkini, Genius Pa&Ma bakal terbit menggegarkan pasaran dan ia menyasarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak berusia tiga hingga enam tahun. Masih mengekalkan konsep keibubapaan, Genius Pa&Ma wajar dimiliki oleh ibu bapa, pengasuh dan tenaga pengajar di taska dan tadika. Ini kerana ia memberi panduan tentang bagaimana mendidik, memahami dan merangsang pertumbuhan dan perkembangan anak-anak yang semakin aktif dan bijak menerokai dunianya dari segi fizikal, emosi dan kognitif.

 

Dengan tagline ‘Rujukan Keibubapaan Bentuk Anak Bijak 3-6 tahun’, Genius Pa&Ma diyakini akan menepati  citarasa ibu bapa yang mahukan segala-galanya terbaik buat anak-anak merangkumi  pendidikan, penampilan dan kesihatan .

 

“Penerbitan Genius Pa&Ma bertujuan memberi pendedahan dan panduan kepada ibu bapa muda zaman ini betapa pentingnya ilmu keibubapaan berkaitan perkembangan dan tumbesaran awal kanak-kanak. Biasanya, ibu bapa akan membuat persediaan rapi untuk menyambut cahaya mata pertama dan begitu mengambil berat soal penjagaan bayi. Bagaimanapun apabila anak semakin membesar dan pandai berdikari, mereka sering dibiarkan main sendiri malah gajet dijadikan teman rapat.  Dan pada masa ada ibu bapa yang menyerahkan bulat-bulat kepada tenaga pengajar di taska dan tadika untuk mengajar anak-anak menulis, membaca, membuat aktiviti kraf, mengaji dan bersolat. Cara ini sebenarnya tidak betul kerana ibu bapa perlu sedar bahawa mereka mempunyai peranan tersendiri dalam proses perkembangan anak-anak ini,” ujar Editor Eizan Ariffin.

 

Dengan gaya atur letak, fotografi yang trendy dan segar, Genius Pa&Ma  bakal melengkapkan ‘keperluan’ ibu bapa yang prihatin untuk memahami tentang tahap perkembangan anak dan lebih peka mengenai apakah bentuk pendekatan yang boleh digunakan bagi merangsang minda dan fizikal si kecil agar membesar cergas dan cerdas.

 

“ Jika ibu bapa peka dengan tahap perkembangan anak, mereka akan dapat kenal pasti dengan cepat apakah kelebihan atau kekurangan yang anak mereka miliki. Andai ada kekurangan, ibu bapa yang berilmu biasanya lebih positif dan pantas mengambil tindakan yang sewajarnya demi kebaikan anak,” ujarnya lagi.

 

Antara segmen menarik Genius Pa&Ma ialah Perkembangan Kanak-kanak, Gaya & Kesihatan, Adik Bijak, Sisipan 32 muka surat tentang Pemakanan Anak, Famili, 10 muka surat  Jom Relaks yang mampu menguji minda anak-anak serta segmen Prasekolah yang bakal menjadi kemuncak kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun ini.

 

Nantikan kemunculan Genius Pa&Ma di pasaran pada pertengahan Oktober nanti. Dapatkannya dengan harga RM10 sahaja! Anda juga boleh membuat tempahan awal di http://mall.karangkraf.com/products/Genius-Pa&Ma-(Pre-Order)/3881

 

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

Jabatan Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat :

Ammelia Mohd Ali
No tel : 03 5101 3888 ext 3866
Fax : 03 5101 3608
Emel: ammelia@karangkraf.com

Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15, 40200
Shah Alam, Selangor

 

Ketua Editor Pa&Ma   :           Noorizan binti Ariffin
                                                   noorizan.ariffin@karangkraf.com
Instagram                    :           Majalahpama
Facebook                    :           majalahpama (lebih 600,000 fans)
Website                       :           http://pama.karangkraf.com

 

 

Mengenai Kumpulan Media Karangkraf

 

Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) merupakan salah satu syarikat pencetak Bumiputra yang terunggul dan berjaya di Malaysia. Dengan empat kumpulan perniagaan utama, 25 jenama majalah yang stabil dan surat khabar Sinar Harian berbahasa Melayu paling pesat berkembang,  Kumpulan Media Karangkraf adalah pemimpin yang tidak dipertikaikan dalam industri media mencabar dan sentiasa berubah di negara ini. 

 

Karangkraf mempunyai cara yang tersendiri bermula kembali pada tahun 1978 apabila Dato' (Dr.) Hussamuddin Bin Hj Yaacub pada masa itu muda dan berdaya usaha, memulakan perniagaan penerbitan kecil di banyak kedai untuk menghasilkan produk majalah yang pertama, Mingguan Kanak-kanak. Sejak itu, melalui ketabahan, semangat, kesungguhan, kerja keras dan visi, syarikat ini telah berkembang dengan apa yang ada hari ini.

 

Untuk mewujudkan dan mengukuhkan operasi kumpulan itu, langkah rasionalisasi dan penyatuan telah dilakukan pada tahun 2010 dengan pembentukan Kumpulan Media Karangkraf, yang kini merupakan syarikat induk kepada perniagaan 4 teras kumpulan:

 

• Grup Majalah
• Grup Buku Karangkraf
• Grup Sinar
• Grup Percetakan

 

URL : www.karangkraf.com